Photobucket

Thursday, June 16, 2011

Apabila wanita menangis....

kata orang putih: 


"Apabila wanita menangis, maka dunia akan berhenti seketika"

Wanita adalah manusia yang 'jiwa-jiwa' kerana emosi yang dikurniakan kepada mereka lebih banyak daripada lelaki. Hati mereka dengan hati lelaki sangat berbeza ciptaannya, dan air mata mereka mempunyai sambungan yang rapat dengan perasaan serta hati mereka. Percayalah, bahawasanya tangisan seorang wanita terbit dari hati.  





Menangislah untuk kebaikan, kerana ia bisa membuahkan pahala dan membasuh dosa. Seorang yang menangis kerana ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar dan bertaubat, air matanya adalah sebagai pemadam api neraka kelak.   

Dan tidak salah kepada lelaki untuk menangis, kerana nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang mudah menangis, tangisannya bukan untuk dirinya bahkan buat umat yang disayanginya.







1 comment:

  1. Menangislah..kadang-kala manusia sombong untuk menangis, lalu untuk apa air mata dicipta?????

    ReplyDelete