Saturday, November 26, 2011

DOA AWAL TAHUN

                                        


                                



                                            




Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)


SALAM MAAL HIJRAH

Monday, September 26, 2011

I MISS U FRIENDS !!!!!!!

Assalamualaikum………
Rasa macam dah bertahun x buat post bru…
Tp kali ni post special untuk kawan2 semua…
Kenapa special kt kawan2…
Entahlah maybe sbb rndu kt diorang semua….
 UHIBBUKI FILLAH

Firstly kt kawan2 sekolah menengah dulu…….



^__^    :   rindu sgt2 kt korang semua




Yang ni pulak untuk group time jati diri dulu, lama x jumpa termasuklah yang belajar sekali kt KTD…..




To : ain, fakiah, matun, ati, dijah, basyirah, izzati , syakirah dan last sekali yang xde kt sini fatin hazwani…
RINDU SANGAT2 KT ANTUNNA SEMUA
^_____________^

Dan x lupa juga buat kawan2 seperjuangan di KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM…..



ESPECIALLY TO: mira, naimah, farah, fatin husna, syuhada, k.sya, nabilah, siti, tasya, sabiha, k.lin, iman, fafau, k.tini, yati, aniqah, syafiqah, fiza, k.rabiatul, muchi and shahida. 

Sebenarnya post ni dibuat lepas habis final paper, dalam semua kos, student quran sunnah hbis dulu….so bg semua yg x hbis lg selamat berjuang  ye….

There really isn't one. Everything about friendship is interpreted by the people in the relationship. In my opinion, however, friendship means more then love any day. That's how I view it. Friendship is something that is treasured and kept close to your heart so that even when you're old and wrinkled, you don't have to be alone. All I really know is, it's a beautiful thing. Just think of how much your best friends means to you. Because to you, that is the true value of friendship

Saturday, August 13, 2011

صوم رمضان


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!





  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).





  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Wednesday, June 29, 2011

Makin dekat kiamat, makin jauh daripada Allah??

   Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.

                

      VS


     



   Kebanyakan kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata. Belajar, bekerja, berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi. Manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu lagi sisi yang perlu disuap. Bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan. Malah, spiritual yang lebih utama perlu disuap. Solat pula hanya pergerakan fizikal, hatinya mengembara entah ke mana. Apabila berpuasa, hanya perut ysng berpuasa. Alhasil, ibadah hanya kekal ritual. 


                                                          


   Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput. Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur, tidur dan bermimpi indah. Bukan lagi tidur awal, bangun qiamullail dan berjemaah subuh semata-mata memenangi cinta Allah. Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam, mula tidur pada saat sepatutnya orang mukmin bertahajjud, dan membiarkan subuh berlalu begitu sahaja. Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu. 


                                               


KITAKAH ORANG ITU???

   Sungguh, hati kita kering daripada cinta. Cinta kepadaNya. Apakah makin dekat dengan kiamat, makin jauh manusia daripada Allah?? Nauzubillah! Moga Allah kurniakan kita cinta kepada-Nya.




Sunday, June 26, 2011

Monolog hati...

Assalamualaikum....
   InsyaAllah hari ni saya nak buat satu perkongsian yang dikira sangat istimewa di kalangan pelajar dan juga lecturer ktd.... Allah izin, ustazah  tak boleh buat kuliah, jadi dia ajak kami sekelas ke perjumpaan dengan staf & lecturer perempuan yang lain....



   Tanpa diduga, rupa-rupanya ada slot khas dengan Puan Maimunah Hashim. Walaupun dia jarang ada kt sini tapi dia memang terkenal di kalangan lecturer & staf. Penyampaian yang di beri amat ringkas dan padat tapi sangat2 mendalam apabila ia menyentuh di dasar hati. Tajuk kali ni adalah " TAUHIDULLAH" yang membawa maksud petunjuk Allah. Marilah sama-sama kita selami maksud ayat al-Quran yang penuh tersirat.


                       


" Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sdang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang lebih baik dan sesungguhnya Kami akan membalas meeka, dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. "

Jika kita menjadi mukmin...
Allah menjanjikan untuknya kehidupan akhirat



Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi orang mukmin.....










Thursday, June 16, 2011

Apabila wanita menangis....

kata orang putih: 


"Apabila wanita menangis, maka dunia akan berhenti seketika"

Wanita adalah manusia yang 'jiwa-jiwa' kerana emosi yang dikurniakan kepada mereka lebih banyak daripada lelaki. Hati mereka dengan hati lelaki sangat berbeza ciptaannya, dan air mata mereka mempunyai sambungan yang rapat dengan perasaan serta hati mereka. Percayalah, bahawasanya tangisan seorang wanita terbit dari hati.  





Menangislah untuk kebaikan, kerana ia bisa membuahkan pahala dan membasuh dosa. Seorang yang menangis kerana ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar dan bertaubat, air matanya adalah sebagai pemadam api neraka kelak.   

Dan tidak salah kepada lelaki untuk menangis, kerana nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang mudah menangis, tangisannya bukan untuk dirinya bahkan buat umat yang disayanginya.







Tuesday, June 7, 2011

my English class....

" A dog is man's bestfriend." That common saying may contain some truth, but dogs are not the only animal friend whose companionship people enjoy. For many people, a cat is their best friend. Despite what dog lovers may believe, cats make excellent house pets as they are good companions, they are civilized members of the household, and they are easy to care for.



                                       



                                       


                                       



In the first place, people enjoy the companionship of cats. They will snuggle up and ask to be petted, or scratched under the chin. Who can resist a purring cat? If the're are not feeling affectonate, cats are generally quite playful. They love to chase balls and feathers, or just about anything dangling from a string. They especially enjoy playing when their owners are participating in a game. Contrary to popular opinion, cats can be trained. Using rewards and punishments, just like with a dog, a cat can be trained to avoid unwanted behavior or perform tricks. Cats will even fetch.


                                         


In the second place, cats are civilized members of the household. Unlike dogs, cats do not bark or make other loud noises. Most cats don't even meow every often. They generally lead a quiet existence. Cats also don't often have "accidents". Mother cats train their kittens to use the litter box, and most cats will use it without fail from that time on. Even stray cats usually understand the concept when shown the box and will use it regularly. Cats do have claws, and owners must make provision for this. A tall scratching post in a favorite cat area of the house will often keep the cat content to leave the furniture alone. As a last resort, of course, cats can be declawed.

                                                   
                                              


                                             


                                              


Lastly, one of the most attractive features of cats as house pets is their ease of care. Cats do not have to be walked. They get plenty of exercise in the house as they play, and they do their business in the litter box. Cleaning a litter box is a quick, painless procedure. Cats also take care of their own grooming. Bathing a cat is almost never necessary because under ordinary circumstances cats clean themselves. Cats are more particular about personal cleanliness than people are. In addition,cats can be left home alone for a few hours without fear. Unlike some pets, most cats will not destroy the furnishing when left alone. They are content to go about their usual activities until their owners return.


                                             


                                             

Cats are low maintenance, uncivilized companions. People who have small living quarters or less time for pet should appreciate these characteristics of cats. However, many people who have plenty of space and time still opt to have a cat because they love the cat personality. In many ways, cats are the ideal house pet.


                                                    


                      
                   come to my pet
                             
                         ^_^
                                                        











Thursday, May 5, 2011

In my mind...

Assalamualaikum wbt...

Luv them soo much..
  I don't wanna believe that my holidays is going to finished within a few days.. But reality hurts.. I need to believe it and face it... why?? simply because my long sem had showed itself.. hehe.. so now  the crucial things to do are appreciate the every second I spent with them, fulfill what I wanna do before I go back to KTD ( because when I go back to kelantan, it will be sooo difficult for me to go back to my home sweet home and meet my lovely families members), eat as much as possible ( nice food is free here :)), packing my stuff ( soo many things to be pack) and tease my younger brothers (3 of them in the picture above) till they scream and cry (if I can..) and etc..

  Now I feel relaxing... but I'm afraid if slowly and slowly, I will feel the sadness of being apart from my family.. surely when anyone is far away from their beloved one, they will feel sad ( sometimes they cry).. because the 3 month I live with happiness here in my home, it will take some time to adapt back the situation that change when I go back to KTD.. But I don't think it's that hard as I also miss my friends in KTD too... so I know that they will be on my side there.. they are the people who be with me in the good times and bad times. I saw a quote about friend just now and it would be nice when I read it..

"Friends are like stars, you don't see them all the time, but you know they're there!"

  When I come back to KTD, I know that a few changes will happen.. most of my seniors (k.waheedah's batch) has done with their diploma.. They will not be here with us.. but I know that their spirit is always with us).. They will always support us from the back.. I notice that,, and Insya Allah, with Allah's love we will meet again one day... what else is going to change?? hmm, I'm entering into 2nd year (sem 3).. something that I don't expected because I feel that I just entered KTD yesterday... but now it is already a year and half of it I am here... 

  What else?? Hmm, just now my aunt called and told that my bus ticket is on tuesday. Siti and me, both of us will depart from SA bus station... But my sister who studied in UIA will go back earlier to her uni.. I surely will miss her so much because of her food, and joking that can make us laugh.. (^_^)" ...I also could not meet my eldest brother because he will go back home in the middle of june... my others siblings in secondary school and primary school is going to have their mid year examination next week.. Aja2 fighting!! Do your best, and Allah will take care of the rest....

 Love your family because they are your backbone.. And love Allah more than you love them because Allah knows everything about you and He is the ONE who give you the opportunity to live in the earth and became His khalifah in the world...

Ok,, I think that's all for this time... Till meet again in the post...  

WELCOME TO THE NEW SEMESTER.. 
start it with new spirit, new confident and new hope! All the best to all..
 

Wednesday, January 26, 2011

wHy I liKe araBic language.......

I'm a girl that was born in CANADA. But so strange....i can't get better in English but in Arabic easy for me to understand it. Maybe birth of place not determine our skill. Here, i want to share about my teacher. His name Ismail bin Hamidi. He is my English teacher. Everyday in his class, he asked student to brought a dictionary. One day, i forgot to bring it and he get angry. At this situation, i feel like he forced me. Trough of it, my English better than before. 



In i'm at secondary school, i got Arabic's subject more than English such as tafsir hadis, nahu soruf, seerah and than.English's subject just one in two time per week. During five year, i studied hard arabic until i can compare between noun, conjunction, and than about it. With this, i want to continued my studied in Arab's sector. Finally, i got it at KTD. Alhamdulillah...my wish become true. Now i'm in Diploma studied in Quran sunnah. For this, i'm so glad cause Allah choose me in His way. For me, KTD is the best college that i comfortable with it and it can bring me to be a good muslimah. Other than that, my lecture always helps in his subject. I want to show you my Arabic's lecturer. He was a funny that i've ever meet. 

This picture at my college at electronic engineering port. All of them are my classmates.

To other my lecturer, i'm sorry because not took your picture in my last blog on January. Especially to my English's lecturer. Thank you for your education to me and your creative mind that asked your class to make assignment in blogs. If Ustaz Ali got a funny lecturer, you will get a creative lecturer.


It will be continued......

INSYAALLAH



Alhamdulillah, finally i've finish my post on thursday at time 1:40 am....